Thursday 20 October 2022

PENDAFTARAN BADAL HAJI & UMRAH 2022/2023M (1444H) KINI DIBUKA


UPAH HAJI / BADAL HAJI TAHUN 2022/2023M (1444H)

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG KHAS BUAT WARGA KUALA KANGSAR DAN SEKITARNYA.

Upah Haji @ Badal Haji ini dilaksanakan oleh para Ustaz, Pelajar, Mutawwif, Haji² & Hajjah² yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah yang bermaustautin di kota MAKKAH AL MUKARAMAH.

Kami berpengalaman lebih 12 tahun mengendalikan pengurusan Upah Haji & Umrah ini.


1. Badal / Upah Haji Arwah: RM2400.00 sahaja.

2. Badal / Upah Haji untuk yang uzur: RM2900.00 sahaja

**(termasuk 1 Bahagian Korban di Tanah Suci)

3. Badal / Upah Haji + Umrah : RM3000.00

(Termasuk Wakaf Al-Quran)

Sila hubungi saya selaku  wakil sah KoAnsar Kembara KUALA KANGSAR untuk maklumat lanjut:

📲013-477 8680

MOHD ZAIPOL BIN HAZARI


ATAU KLIK LINK WHATSAPP INI

http://www.wasap.my/+60134778680/badalhaji1444H


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!

Setelah selesai urusan haji dan umrah tersebut dilakukan, waris akan menerima hadiah dan cenderamata berupa:

1. Sijil Badal Haji.

2. Air Zamzam

3. Sejadah

4. Tasbih

5. Minyak Wangi

6. Kayu siwak

7. Kurma

#badalhajiperak

Monday 21 March 2022

Mohon Saudi pertimbang seramai mungkin jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia memohon pertimbangan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan sebanyak mungkin jemaah haji negara ini menunaikan ibadah itu tahun ini mengikut jumlah kuota yang diberikan sebelum ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Malaysia memahami sebarang keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1443 Hijrah akan mengambil kira situasi semasa.

Sehubungan itu, beliau menyampaikan ucapan berterima kasih kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Taufiq bin Fawaan Al-Rabiah di atas jemputan kepadanya menghadiri Persidangan Dan Pameran Haji Dan Umrah di Jeddah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya mengizinkan saya menerima jemputan ke bumi yang barakah ini,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Beliau juga amat berbesar hati menyampaikan kepada Tuan Yang Teutama ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Khadim Al Haramain Al Syarifain Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud serta Putera Mahkota Mohammad bin Salman yang telah banyak melaksanakan penambahbaikan dan kemudahan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan para Tetamu Allah semasa mereka menunaikan haji.

“Kami amat memahami tanggungjawab dan cabaran yang digalas oleh Kerajaan Saudi bagi menangani wabak Covid-19 ketika itu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam sejagat,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kerja keras dan kesungguhan Kementerian Haji dan Umrah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain agensi Arab Saudi yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji terjamin dan terhindar dari wabak Covid-19.

Katanya, semoga segala usaha murni menyantuni para dhuyufurrahman itu diterima oleh Allah SWT sebagai amal khair.

“Saya juga amat berbesar hati untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama bahawa Kerajaan Malaysia akan menyambut baik keputusan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan semula jemaah haji daripada luar negara datang ke Tanah Suci ini menunaikan ibadat haji.

“Mewakili Kerajaan Malaysia memohon pertimbangan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan sebanyak mungkin jemaah haji Malaysia menunaikan haji tahun ini mengikut jumlah kuota yang diberikan sebelum ini.

“Kami memahami sebarang keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1443 Hijrah akan mengambil kira situasi semasa,” katanya lagi.

Menurutnya, Malaysia telah membuat persediaan yang rapi dan teliti bagi mempersiapkan rakyat negara ini dari aspek pengetahuan dan kesihatan diri untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Tambahnya, Malaysia akan juga memastikan ibadat haji jemaah dari negara ini akan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan serta SOP berkaitan operasi haji yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada tahun ini.

“Pihak Kerajaan Arab Saudi memuji pengurusan Tabung Haji Malaysia dalam menguruskan haji sebelum ini.

“Beliau berharap negara Malaysia dapat menjadi contoh dan menjadi ikutan kepada negara-negara yang lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2022

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/20/mohon-saudi-pertimbang-seramai-mungkin-jemaah-haji-malaysia/

Thursday 10 February 2022

AQIQAH MEKAH AL-MUKARRAMAH

Sudahkah anda laksanakan Ibadah Aqiqah untuk anak-anak???

Jom laksanakannya di tanah haram yang paling barakah di dunia Makkah Al-Mukarramah.

Laksanakan yang tertangguh.... sempurnakan yang terlupa....


HARGA PROMOSI UNTUK TAHUN BAHARU 2022
RM450 UNTUK SEEKOR KAMBING
RM860 UNTUK 2 EKOR KAMBING (Jimat RM40)
Kelebihan memilih kami:
1. Kos lebih murah & pelaksanaannya cepat.
2. Menjimatkan masa & urusan mudah
3. Sijil penyertaan diberikan dan dibuktikan dengan gambar & video sembelihan
4. Dibacakan akad / nama peserta ketika sembelih
5. Hadiah dari syarikat seperti Air Zam-zam (250ml) & Kismis Minda Doa / Kurma Ajwa
Tempahan & Pendaftaran Online.
(Klik link ini 👇)

Hubungi Perunding kami:
MOHD ZAIPOL BIN HAZARI
Ansar Tijari Ventures
Cawangan Perak (Kuala Kangsar)
📲013-4778680


Tuesday 30 November 2021

BADAL UMRAH / UPAH UMRAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN

 

Upah Umrah

Kami menawarkan perkhidmatan UPAH UMRAH (Badal Umrah) bagi waris-waris yang berhajat melaksanakan Upah Umrah untuk ibu, ayah atau mereka yang tersayang yang telah meninggal dunia atau uzur (tidak mampu lagi mengerjakan haji atau umrah atau orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh).

- Upah Umrah adalah umrah yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu.

Pendaftaran Upah Umrah (Badal Umrah) bagi Tahun 2022/2023 – 1444H kini dibuka.

Bayaran Upah Umrah (Badal Umrah):
RM500.00
 
Waris Upah Umrah akan menerima:
- Sijil Pengesahan Perlaksanaan
- Kurma Ajwa (Nabi)

Pertanyaan & pendaftaran,
Sila hubungi di talian:
📲 013-4778680 (Call/WhatsApp).
Wakil KoAnsar Kembara & Ansar Tijari Ventures
IMAM MOHD ZAIPOL B. HAZARI

PENSTRUKTURAN SEMULA HARGA UPAH HAJI & UMRAH 1443H KOANSAR

Tarikh: 28 November 2021

MAKLUMAN KENAIKAN HARGA UPAH HAJI & UMRAH 1443/1444H

Assalamualaikum WBT.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa harga Badal Haji telah naik sebanyak RM600 daripada harga sebelum ini RM1800. Jadi pihak KOANSAR Kembara pada tahun ini telah membuka bayaran RM2,400 untuk pelaksanaan Badal Haji.

Bagi mana-mana individu yang telah buat bayaran untuk harga lama pada sebelum ini telah dianggap selesai. Jadi untuk harga hari ini hingga tarikh tutup nanti adalah RM2,400 bagi setiap Wakil/ Ejen KOANSAR.

Harga pakej lain seperti berikut:

•Upah Haji Uzur: RM2,900

•Upah Haji + Umrah: RM3,000

•Upah Umrah: RM550.00

DATUK USTAZ HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL HJ. ABDUL HALIM

Pengarah Urusan

KOANSAR Kembara Resources

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Info Tambahan

- Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana pelaksanaan Rukun Islam yang ke-5 ini memerlukan setiap jemaah dari luar Arab Saudi mendapat visa menunaikan haji manakala penduduk tempatan perlu memerlukan permit (tasreh) terlebih dahulu.

- Selain itu, lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji adalah tinggi kosnya. Ditambah juga dengan keadaan pendemik Covid-19 ketika ini, kerajaan Arab Saudi telah naikkan Cukai Nilai Tambah (VAT).

- Peningkatan kos ini juga berkait rapat dengan SOP  Covid-19 yang perlu dipatuhi semasa urusan pelaksanaan Badal Haji.

Sunday 28 November 2021

PENDAFTARAN BADAL HAJI & UMRAH 1444H / 2022/23M KINI DIBUKA

Assalamualaikum...wbt.


Pendaftaran Upah Haji & Umrah Tahun 2022/23 (1444H)

Kepada waris-waris yang ingin "menghajikan" untuk ibu bapa atau saudara mara yang sudah meninggal dunia atau uzur, boleh hubungi di talian 013-4778680 (Tel/WhatsApp) atau klik terus link wasap ini:
www.wasap.my/60134778680/daftarbadalhaji

atau layari Facebook : Taawun Rizqi Barakah atau Upah Haji Perak

Waris akan menerima Sijil Pengesahan Badal Haji dan Cenderahati daripada pihak syarikat setelah selesai musim haji tahun semasa.

MOHD ZAIPOL BIN HAZARI
Perunding Badal Haji & Umrah (Mutawwif)
(No.ID: KTSB/028)
Ansar Tijari Ventures
KoAnsar Kembara Resources

Pendaftaran Terus ke Tempat Anda (*Yang Berhampiran)
Pendaftaran Online / Melalui Telefon bagi yang jauh.

Klik link pendaftaran di bawah:
https://forms.gle/JE1K76xnpo8LTYZy8

KUOTA ADALAH TERHAD !!!

Info: Pendaftaran Awal Dialu-alukan untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

"Berpengalaman, Telus & Dipercayai"

Tarikh kemaskini: 20 Oktober 2022

Kos haji dijangka meningkat lebih RM30,000

 

KOTA BHARU - Kos haji dijangka meningkat kepada lebih RM30,000 berbanding RM23,000 sebelum ini susulan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, VAT itu meningkat kepada 15 peratus berbanding lima peratus sebelum ini menyebabkan jangkaan peningkatan kos haji sebanyak lebih 50 peratus.

“Peningkatan kos sebahagian besarnya berkait rapat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang perlu dipatuhi termasuk penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas.

“Jumlah tepat kos haji akan datang itu bagaimanapun akan diputuskan dalam kabinet dan diketahui awal tahun hadapan,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati di sini.

Beliau menegaskan, Tabung Haji tetap akan menanggung sebahagian daripada kos, namun jumlah yang akan ditanggung itu belum diputuskan.

“Sebelum ini, kos keseluruhan untuk mengerjakan ibadat haji adalah RM23,000, namun jemaah hanya dikenakan bayaran RM9,980 dan kos itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.

“Apabila jumlah tepat sudah diputuskan, kita akan maklumkan kepada bakal jemaah haji dan pada masa sama, kita juga berusaha untuk menyedarkan supaya mana-mana yang berkemampuan membayar penuh kos berkenaan,” katanya.

Pada perkembangan sama, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun hadapan.

“Segala keputusan tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi sama ada akan mengekalkan kuota 30,000 jemaah atau dikurangkan.

“Kita perlu terima apa-apa sahaja kemungkinan memandangkan keadaan pandemik Covid-19,” katanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/174756/BERITA/Nasional/Kos-haji-dijangka-meningkat-lebih-RM30000