Sunday, 26 October 2025

PAKEJ BADAL HAJI & UMRAH 1447H/2026M

Assalamualaikum wbt...

InshaAllah.. harga Badal (Upah) Haji dari syarikat Taawun Barakah pada tahun ini masih mengekalkan harga lama seperti tahun lepas.

(A) Pakej Badal Haji RM2,500

- 1 Haji

- Sijil/gambar/video pelaksanaan dari Mekah

- Hadiah : Air Zamzam, Kurma, Minyak wangi, Sejadah & Tasbih

- Wakaf Al-Quran

 

(B) Pakej Badal Haji (Uzur) RM3,000

- 1 Haji

- 1 Bahagian Qurban di Mekah

- Sjil/gambar/video pelaksanaan dari Mekah.

- Hadiah : Air Zamzam, Kurma, Minyak wangi, Sejadah &Tasbih.

- Wakaf Al-Quran

 

(C) Pakej Badal Haji + Umrah RM3,000

- 1 Haji

- 1 Umrah (sunat)

- Sijil/gambar/video pelaksanaan dari Mekah

- Wakaf Al-Quran

- Hadiah : Air zamzam, Kurma, Minyak wangi, Sejadah & Tasbih

 

(D) Pakej Badal Umrah

- RM600 sahaja

- Waris akan menerima sijil pelaksanaan dari Mekah

- Hadiah: Fridge Magnet dan kurma

- Video & gambar pelaksanaan

 

"Berpengalaman, Telus & Dipercayai"

 

TN. IMAM MOHD ZAIPOL B. HAZARI

Pengurus

Taawun Barakah Resources (TR0312817-W)

No. Tel. 013-4778680

www.wasap.my/60134778680/UpahHaji1447

Kos Haji dan Bayaran 2026M / 1447H

Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.

Kos haji Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Arab Saudi, kos sajian, kursus haji, kos perubatan dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi  Musim Haji 1447H/2026M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:



Sumber: https://www.tabunghaji.gov.my




Friday, 20 December 2024

Pelaksana Upah Haji dan Umrah di Kota Mekah

Team Pelaksana Haji & Umrah dari Taawun Barakah Resources di Kota Mekah menawarkan perkhidmatan pakej Badal Haji dan Umrah untuk arwah dan orang uzur (sakit yang tiada harapan sembuh) tidak berkesempatan untuk menunaikan fardhu haji.

Jika berhajat sila hubungi pengurus Taawun Barakah Resources di Malaysia.

Tuan Imam Mohd Zaipol bin Hazari

H/P: 013-4778680 atau WhatsApp

www.wasap.my/60134778680/BadalHaji1446h

Bayaran Haji Musim Haji 1446H / 2025M

 



Sumber : Al-Hijrah Online


Surat tawaran haji dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman dalam sidang media khas di Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini.

Beliau berkata, bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran.

Bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Bagi tahun 2025, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM15,000 berbanding RM12,356 seorang pada 2024.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM23,500 berbanding RM19,152 seorang pada 2024.

Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang haji muassasah yang ditetapkan pada 2024.

Syed Hamadah berkata, Lembaga Tabung Haji telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M di mana kos haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.

Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan.

"Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat," katanya.

Katanya, kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dengan ia adalah di luar kawalan TH.

TH teruskan bantuan kewangan haji 55 peratus untuk B40, 29 peratus M40

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) kepada jemaah Muassasah dalam kategori B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu bagi musim haji 1446H/2025M.

Menurut Syed Hamadah, bagi kumpulan B40, Bantuan Kewangan Haji diperuntukkan adalah RM18,300 atau 55 peratus manakala bagi jemaah haji dalam kalangan M40, sebanyak 29 peratus atau RM9,800.

"Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 bilion dalam masa 25 tahun.

"Justeru, TH mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadat haji atau istitoáh di mana ibadat haji diwajibkan bagi yang berkemampuan," katanya.

Katanya, jumlah itu termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang bagi jemaah Muassasah kali pertama dalam kalangan kumpulan B40.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337573/surat-tawaran-haji-dikeluarkan-secara-berperingkat-mulai-hari-ini


Thursday, 20 October 2022

PENDAFTARAN BADAL HAJI & UMRAH 2025M /1446H KINI DIBUKA

UPAH HAJI / BADAL HAJI TAHUN 2025 / 1446H

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG KHAS BUAT WARGA KUALA KANGSAR DAN SEKITARNYA.

Upah Haji @ Badal Haji ini dilaksanakan oleh para Ustaz, Pelajar, Mutawwif, Haji² & Hajjah² yang berpengalaman luas mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah yang bermaustautin di kota MAKKAH AL MUKARAMAH.

Kami berpengalaman lebih 8 tahun mengendalikan pengurusan Upah Haji & Umrah ini.


1. Badal / Upah Haji Arwah: RM2500.00 sahaja.

2. Badal / Upah Haji untuk yang uzur: RM3000.00 sahaja

**(termasuk 1 Bahagian Korban di Tanah Suci)

3. Badal / Upah Haji + Umrah : RM3000.00

4. Upah Umrah : RM600

(Termasuk Wakaf Al-Quran)

Sila hubungi saya,

📲013-477 8680

IMAM MOHD ZAIPOL BIN HAZARI

Perunding Badal Haji & Umrah

Taawun Barakah Resources (TR0312817-W)


ATAU KLIK LINK WHATSAPP INI

http://www.wasap.my/+60134778680/badalhaji1446H

Pautan borang pendaftaran : https://forms.gle/EqWoHAPcdabEmqkN7

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!

Setelah selesai urusan haji dan umrah tersebut dilakukan, waris akan menerima hadiah dan cenderamata berupa:

1. Sijil Badal Haji.

2. Air Zamzam

3. Sejadah

4. Tasbih

5. Minyak Wangi

6. Kayu siwak

7. Kurma

(Tarikh kemaskini : 01 Disember 2024)

Monday, 21 March 2022

Mohon Saudi pertimbang seramai mungkin jemaah haji Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia memohon pertimbangan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan sebanyak mungkin jemaah haji negara ini menunaikan ibadah itu tahun ini mengikut jumlah kuota yang diberikan sebelum ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Malaysia memahami sebarang keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1443 Hijrah akan mengambil kira situasi semasa.

Sehubungan itu, beliau menyampaikan ucapan berterima kasih kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Taufiq bin Fawaan Al-Rabiah di atas jemputan kepadanya menghadiri Persidangan Dan Pameran Haji Dan Umrah di Jeddah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya mengizinkan saya menerima jemputan ke bumi yang barakah ini,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

Beliau juga amat berbesar hati menyampaikan kepada Tuan Yang Teutama ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Khadim Al Haramain Al Syarifain Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud serta Putera Mahkota Mohammad bin Salman yang telah banyak melaksanakan penambahbaikan dan kemudahan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan para Tetamu Allah semasa mereka menunaikan haji.

“Kami amat memahami tanggungjawab dan cabaran yang digalas oleh Kerajaan Saudi bagi menangani wabak Covid-19 ketika itu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam sejagat,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kerja keras dan kesungguhan Kementerian Haji dan Umrah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain agensi Arab Saudi yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji terjamin dan terhindar dari wabak Covid-19.

Katanya, semoga segala usaha murni menyantuni para dhuyufurrahman itu diterima oleh Allah SWT sebagai amal khair.

“Saya juga amat berbesar hati untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama bahawa Kerajaan Malaysia akan menyambut baik keputusan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan semula jemaah haji daripada luar negara datang ke Tanah Suci ini menunaikan ibadat haji.

“Mewakili Kerajaan Malaysia memohon pertimbangan Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan sebanyak mungkin jemaah haji Malaysia menunaikan haji tahun ini mengikut jumlah kuota yang diberikan sebelum ini.

“Kami memahami sebarang keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1443 Hijrah akan mengambil kira situasi semasa,” katanya lagi.

Menurutnya, Malaysia telah membuat persediaan yang rapi dan teliti bagi mempersiapkan rakyat negara ini dari aspek pengetahuan dan kesihatan diri untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Tambahnya, Malaysia akan juga memastikan ibadat haji jemaah dari negara ini akan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan serta SOP berkaitan operasi haji yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada tahun ini.

“Pihak Kerajaan Arab Saudi memuji pengurusan Tabung Haji Malaysia dalam menguruskan haji sebelum ini.

“Beliau berharap negara Malaysia dapat menjadi contoh dan menjadi ikutan kepada negara-negara yang lain,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/3/2022

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/20/mohon-saudi-pertimbang-seramai-mungkin-jemaah-haji-malaysia/