Friday 20 July 2018

MISI KEMANUSIAN IBADAH KORBAN & AKIKAH DI KEMBOJA 2018


Assalamualaikum.

Disini, saya ingin berbicara serba sedikit sejarah masyarakat Champa di Kemboja dan ingin berkongsi sedikit pengalaman berdasarkan pengalaman misi kemanusiaan bersama *YADAIM-KOANSAR* yang lepas.

💐Sebenarnya, masyarakat Melayu Champa mengalami sejarah yang panjang. 

💐Daripada 15 juta penduduk Kemboja, hanya 3% sahaja masyarakat Champa  beragama Islam. Majoriti penduduk Kemboja beragama Buddha.

💐Malapetaka terbesar berlaku pada zaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1975 hingga 1979, selepas menumbangkan kerajaan Jeneral Lon Nol. Para ulama dibunuh, keseluruhan anggota Jabatan Mufti diculik & dibunuh. Sejumlah 132 masjid diroboh & dijadikan kandang babi. Al Quran, kitab agama, muqaddam dirampas dan dibakar. Al Quran tidak boleh dibaca.

💐Ketika Pol Pot mengusai Kemboja, umat Islam/Melayu Cham telah dizalimi dengan begitu teruk sekali. Pol Pot tidak sekadar ingin menghapuskan masyarakat Melayu Cham, tetapi dia sebenarnya ingin menghapuskan Islam yang menjadi jati diri masyarakat melayu Champa. Kampung-kampung dilenyapkan, penduduk-penduduk dibunuh dan ada juga yang diusir.

💐Menurut mufti Kemboja, penutupan sekolah, pembakaran masjid, dan kitab-kitab agama serta pembunuhan alim ulama telah menyebabkan masyarakat melayu Champa  @ umat Islam di Kemboja ketandusan ilmu hingga ke hari ini.

💐Hanya mulai tahun 1998, barulah usaha membina semula syiar Islam dapat dilakukan, itupun sedikit demi sedikit. Disebabkan kekejaman Pol Pot, masyarakat Champa  jauh ketinggalan dari pembangunan.

💐Saki baki yang diusir&selamat, mereka bina perkampungan yang berpusat di tempat di mana mereka boleh menangkap ikan seperti Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Di perkampungan ini adalah tempat , *YADAIM-KOANSAR* akan melakukan korban. Antara faktor tinggal di atas air kerana kesukaran untuk membeli Tanah, kerana perlu bayar secara tunai.

💐Majoriti hidup dalam kedhaifan dan ramai tidak bersekolah. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik & kesihatan adalah buruk atau tiada sama sekali. Ada juga segelintir yang bertani & tinggal di darat.

💐Satu pengalaman yang saya tak kan lupakan ialah kisah seorang ibu, beberapa hari sebelum rombongan misi kemanusiaan sampai, anaknya berusia 8 bulan meninggal kerana jatuh dari perahu tempat mereka tinggal.

💐Kami mohon sokongan Dari umat Islam seluruhnya bagi menjayakan korban tahun ini.

💐Sama-sama Kita jadikan Hari Raya Korban 1439H, hari raya yang paling gembira untuk saudara-saudara kita di Kemboja. InsyaaAllah.

💐Moga dengan penyertaan ibadah korban/aqiqah daripada Tuan/Puan yang baik hati, memberi senyuman yang sangat bermakna buat saudara seagama Kita. InsyaaAllah.

🌷Masih banyak lagi kekosongan.Mari sertai kami, Korban dan Aqiqah di Kemboja (Masyarakat Muslim yang dhaif dan miskin) anjuran ( *YADAIM~KOANSAR* ).

✔️Satu bahagian lembu RM380.
✔️Kambing seekor RM710.

Hubungi kami:
013 - 4778680 (Tel./WhatsApp)

In-syaa ALLAH lembu/kambing Korban dan Aqiqah ini akan disembelih sendiri oleh Ustaz Hj Muhammad Rajab Akmal bin Hj Abdul Halim & Ustaz Mohd Razis bin Shainisi

💐Moga ALLAH limpahi keberkatan kepada Tuan/Puan yang sudi menyertai ibadah korban ini.

💐Rujukan dari Jurnal Artikel UKM & Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment